Monday, 3 August 2015

AISKRIM

Bersesuaian dengan keadaan cuaca panas melanda malaysia kini, timbul beberapa produk pencuci mulut yang diinovasikanysi sesuai dengan situasi semasa. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, aiskrim pasu mula menjadi perhatian di media sosial. Perkongsian foto dan selfie yang diambil bersama aiskrim pasu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk mencuba sendiri pencuci mulut itu.

Bagi yang pernah mencubanya, mereka mendapati tiada rahsia dalam resipi pembikinan aiskrim pasu. Tetapi tarikan utama adalah pada saiz pasu dan kreativiti dekorasinya.

Oleh kerana aiskrim pasu mulai popular, timbul isu tentang kebersihan bekas pasu yang digunakan oleh para peniaga. Untuk memastikan produknya bersih & selamat, kita bolehlah menggunakan bekas jenis bebas BPA bagi mengelakkan sebarang bentuk pencemaran makanan.

Harga pencuci mulut itu biasanya dijual bermula RM5 bergantung kepada hiasan dan coklat yang ditambah pada aiskrim pasu.

Selepas aiskrim pasu, timbul pula inovasi lain dengan menukar bekas pasu kepada buluh, lesung batu serta paling terbaharu, congkak yang juga nampak kreatif dan menarik.